Welcome


Tuesday, May 25, 2010

Program Permata Pintar Negara

Unit ICT telah menjalankan Ujian Saringan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) 1 di bawah program Permata Pintar Negara sepanjang bulan Mei ini. Seramai 193 orang murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6 telah terpilih untuk menjalani ujian tersebut. Program ini dijawab secara online bertempat di makmal komputer.Program permata pintar ini dapat meningkatkan kemahiran minda murid-murid.

Tuesday, May 4, 2010

Rangkaian Baru












Pada 4 mei 2010 pemasangan rangkaian baru telah siap di pasang di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Pemasangan ini mengambil masa 4 hari yang melibat makmal komputer dan 3 blok sekolah iaitu, pusat Akses, pejabat, perpustakaan dan J-Qaf. Kerja ini melibatkan 34 data points, 47 power point, 4 acces points dan 3 lot fiber.

Tuesday, March 30, 2010

Terengganu A++



Majlis Pelancaran Terengganu A++ telah diadakan pada 30hb Mac 2010 di Wisma Darul Iman yang dirasmikan oleh YAB MB Dato'Ahmad Bin Said. Pelancaran A++ melibatkan sebuah 10 buah sekolah di Daerah Kuala Terengganu yang melibatkan 20 orang murid bagi setiap sekolah termasuk Sek Keb Tengku Bariah. Pengujian Sistem Terengganu A++ telah diadakan di makmal sekolah yang melibatkan pengunaan E-Book bermula pada 23 hingga 25 mac 2010 dibawah pihak TOP IT Industries Sdn Bhd. Pengujian Sistem Terengganu A++ adalah bagi memastikan kelancaran sistem pada majlis pelancaran.

Thursday, March 25, 2010


ICTL TIMETABLE YEAR 2010 ( LEVEL1)

(SESSION 2)


Tuesday, March 23, 2010

Makmal Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Bermula 24/12/2009, SKTB telah dibekalkan dengan peralatan makmal computer yang baruberupa 21 buah computer berjenama HP beserta server sebagai penggantian kepada komputer sebelum ini. Pembekalan dan pemasangan telah dilakukan oleh GSSB Synergy Sdn. Bhd. dan telah siap pada 6/1/2010. Makmal ini akan mula beroperasi sepenuhnya mulai 17/1/2010 dengan bermulanya kelas-kelas ICTL Tahap 2 dan diikuti dengan ICTL Tahap 1 selain matapelajaran lain serta kegiatan Kelab Komputer.Sehubungan dengan ini komputer-komputer lama daripada jenama Dell akan diagihkan kebilik-bilik yang lain bersesuaian seperti Bilik PPSMI, Bilik Media dan Bilik jQaf dan Bilik Guru.

Thursday, March 11, 2010

Satu permulaan.

Blog Unit ICT SK Tengku Bariah ini bermula pada hari ini 11 Mac 2010 jam 9.02 pagi...

Monday, March 1, 2010

Pusat Akses Sekolah

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.


Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet

Apakah peralatan yang akan dibekalkan?

Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Ada ruang/bilik yang sesuai
  • Ada bekalan elektrik 24 jam
  • Ada akses kepada Internet
  • Ada Makmal Pengkomputeran
  • Kemahiran ICT warga sekolah
  • Komitmen pihak pentadbir sekolah

Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:

  • Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
  • Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
  • Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

Friday, January 1, 2010

Carta Organisasi

Carta Organisasi Makmal Komputer